Tempoh Kursus:
Bergantung kepada jenis kursus yang ditawarkan oleh pihak Kolej Komuniti Kota Marudu, Sabah.
Kaedah Pembelajaran:
Pembelajaran kursus pendek adalah berpandukan konsep 'hands-on' di mana peserta mempunyai peluang untuk menjalankan kursus secara praktikal mengikut bidang kursus. Kebanyakkan kursus ini dilakukan di luar waktu bekerja.
Tempat Kursus:
Tempat kursus bergantung kepada kesesuaian kursus samada di Kolej Komuniti Ledang atau mana-mana premis luar yang disyorkan atau dipersetujui bersama.
Permohonan:
Permohonan boleh dibuat melalui kolej yang menawarkan kursus pendek sama ada secara individu atau berkumpulan. Permohonan secara berkumpulan adalah digalakkan dengan menulis surat beserta senarai nama peserta atau berhubung terus dengan penyelaras kursus pendek melalui talian telefon atau emel tertera. Permohonan juga boleh dibuat secara atas talian di ePSH. Bagi pengguna telefon mudah alih Android, anda boleh memuat turun aplikasi CC Smart di play store untuk permohonan kursus pendek secara mobile.
Pensijilan:
Peserta kursus pendek akan diberikan Sijil Penyertaan setelah berjaya menamatkan tempoh kursus dengan jayanya.
- Details
- Hits: 2211