Kolej Komuniti Kota Marudu (KKKMS) telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili pada 3 Mei 2013 dan mula beroperasi pada 1 Januari 2014 secara pentadbiran di premis blok B 1 dan 2, Jaya Industrial Centre, Kota marudu, Sabah. Bangunan kolej ini adalah sewaaan (rumah kedai) dengan keluasan sebanyak 2789.93MP² bersamaan 8 buah lot. Pada waktu itu selain pentadbiran kolej, program kursus pendek (PSH) juga telah dijalankan.
Pengambilan pelajar sesi pertama dibuat pada Julai 2015 dan program ditawarkan adalah Program Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyaman Udara (SPU). Kemudian program baru menyusul iaitu Program Sijil Penyelenggaraan Bangunan (SPB) dan pengambilan pelajarnya bermula pada sesi Julai 2016.
Kolej Komuniti Kota Marudu ditubuhkan untuk memenuhi kehendak sosial dan keperluan tenaga manusia selaras dengan dasar kerajaan untuk melahirkan lebih ramai golongan pekerja mahir.
Bagi golongan setempat pula, kolej ini berperanan memberi pendedahan kepada mereka dengan kursus-kursus pendek yang ditawarkan.
Lulusan Kolej Komuniti berpeluang untuk mengisi keperluan tenaga kerja industri dalam bidang-bidang kemahiran yang berkaitan atau membuka perniagaan sendiri.
- Details
- Hits: 2474