Menyediakan pendidikan yang berkualiti, berteknologi tinggi dan holistik dengan:

  1. Menyediakan laluan alternatif kepada pelajar lepasan menengah dan pelajar yang tercicir daripada pendidikan formal untuk mengikuti latihan dan pengajian dalam bidang-bidang teknikal dan vokasional termasuk perdagangan, pertanian, kesihatan dan lain-lain.
  2. Menyediakan pendidikan seumur hidup kepada individu dan masyarakat setempat bagi meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat.
  3. Membolehkan syarikat-syarikat swasta menggunakan khidmat kolej komuniti untuk memberi latihan kepada pekerja mereka.
  4. Menyelaras latihan dan kemahiran yang disediakan oleh pelbagai kementerian supaya dapat memenuhi keperluan pasaran dan penduduk setempat.
  5. Memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk menggunakan kemudahan yang disediakan kolej komuniti.
  6. Memberi khidmat nasihat atau kaunseling kepada masyarakat setempat bagi mempertingkatkan tahap pengetahuan dan perkembangan kerjaya mereka.