Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK) diberikan kepada Pelajar Kolej Komuniti yang kurang berkemampuan iaitu pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,249.00 sebulan tanpa mengira bilangan isi rumah.
- BKPKK diberikan hanya kepada pelajar KK peringkat sijil jangka panjang sahaja (Minimum 4 semester pengajian).
- Pelajar yang layak diberikan BKPKK adalah pelajar yang mempunyai ibu bapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan sebanyak RM5,249.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah.
- Menandatangani 2 (dua) salinan pengajian yang telah dimatikan/diremitkan Setem Hasil RM10.00 setiap satu.
- Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga (Borang BKPKK/B/02/1).
- 1 (satu) salinan Kad Pengenalan Pelajar.
- 1 (satu) salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa / Penjaga yang sah.
- Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain sepanjang tempoh program.
- 1 (satu) salinan Slip Gaji/Slip Penyata Pencen/Surat Perakuan Pendapatan Ibu dan Bapa/Penjaga (Borang BKPKK/B/02-2 Jika Berkaitan).
Pelajar baharu / pelajar sedia ada Kolej Komuniti Kota Marudu yang berkelayakan boleh mengemukakan permohonan atau berhubung dengan Penyelaras Bantuan Kewangan Pelajar iaitu Puan Noor Assikin Binti Abd Wahab di talian 088-663693 atau 012-481 8260.